"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Thursday, January 3, 2013

New Chapter

Assalamualaikum,
lama rasanya dah tak update blog ni.
tangan dah menggigil, otak dah bergeliga, laptop dah tersedia, wi-fi dah mengalir, dashboard dah terbuka. tapi saat jari menyentuh kekunci semuanya bagai tidak tersedia dari awal.
tangan mula malas, otak mula membuat hal, laptop tidak bersedia, wi-fi tersekat-sekat, dashboard tiba-tiba tertutup.
Semua yang tersenarai itu adalah alasan bagi diriku yang malas nak menaip saat idea datang mencurah-curah. hari ini aku gagahkan juga untuk menge'post' entry baru. *bajet zack je aku ni*

HELLO

   Hasta La Vista 2012!
Bagi aku, 2012 adalah tahun yang banyak berikan aku pengalaman . tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, dimana 2012 aku menamatkan zaman persekolahan,  terima keputusan SPM, learn to be a lady, memulakan zaman universiti, menamatkan apa yang aku mulakan.
Ada beberapa perkara yang aku tidak akan ubah :
Cintaku pada Allah dan Rasul
Cintaku pada ibu bapa ku
Persahabatan yang lama & yang baru
Cintaku pada Zizan *poyo je*

2012, banyak mengajar aku erti berdikari, nilai sebuah persahabatan, nilai sesuatu pengalaman, bagaimana hendak menjadi manusia, erti keikhlasan, erti saling menghormati, bagaimana nak jadi peramah, tidak melampaui batas sebagai seorang hamba Allah, dan banyak lagi.

2012,memberikan aku pengalaman bekerja, pengalaman yang mendewasakan aku, pengalaman mencari kawan, pengalaman memahami perasaan kawan, pengalaman berpisah dengan keluarga, pengalaman terlepas sesuatu yang aku suka demi benda yang lebih baik, pengalaman menghargai orang yang banyak berjasa, pengalaman dihargai orang, pengalaman bersuka-ria dengan  kawan2, pengalaman berdukadengan kawan, pengalaman berjumpa orang baru dan banyak lagi pengalaman yang aku rasa tidak boleh digambarkan dengan kata-kata mahupun gambar atau lukisan, tidak boleh dibeli di pasar raya mahupun di shopping complex jauh sekali di 7-eleven, pengalaman yang tidak boleh dijual dengan wang ringgit kerana semuanya pengalaman yang amat berharga yang aku rasa aku cukup bertuah untuk mendapatkannya

2012, terima kasih atas segala apa yang telah berlaku baik yang manis mahupun yang pahit.
Akanku cuba untuk menjadi insan yang lebih baik, buang apa yang buruk dalam diriku dan cuba sesuatu yangbaru.

orang kata, pengalaman mendewasakan kita. lebih jauh kita berjalan, lebih luas pengalaman. mari kita kumpul pengalaman tu, simpan elok-elok.Sampai satu masa kita pasti akan menggunakannya. percaya atau tidak, cubalah sendiri. :D