"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Friday, October 5, 2012

new semester?

assalamualaikum!




my studiomates (yang depan pakai baju biru tu studio master) *taken on the last day of gc*
sekejap je masa berlalu, macam baru semalam je aru masuk universiti. bagi aku, aku belum puas lagi nak kenal semua classmates aku and letcurer aku. baru nak bertepuk tampar dah habis semester satu. sebenarnya, belum lagi habis tapi nak habis dah. lepas satu, satu kelas dah takde. nak jumpa classmate kat kelas yang ada pun macam susah sebab semua pun ponteng sebab nak study. rindunya buat gc sama2, makan sama2, gelak sama2, bertwitting sama2, berfacebooking sama2, ber apa jela semua pun sama2.. but, alhamdulillah semester 2 kebanyakan kita sama kelas untuk stats ngan bi kan? walah.. selonoknya.

p/s: sama2 berjaya kawan!

happyyippie day!

assalamualaikum..aku rasa hari ni aku happy sangat .. sebab apa? lagi mau tanya.. sebab aku dah pegi tengokk hantu kapcai la deh. tu bawah tu buktinya-----

Add caption
terharu bila dah beli tiket ni. sebab aku minat ZIZAN RAZAK. sebab tu aku terharu. dapat sokong dia dengan tengok cerita yang dia berlakon. kau ada? aku suggest korang pegilah tengok cerita ni. bukan sebab ada zizan tapi sebab it is from KRU Production.. aku tak expect sebenanya cerita melayu boleh jadi sehebat ni. melayu dah maju! aku sangat exited masa tengok benda ni. apa yang best? pegi tengok sendiri. for the sake of KRU . i promise you wont be dissapointed.. trust me!. :)tapi yang bab last tu tak berapa nak elok sebenarnya tapi awal2 cerita lagi dia dah warn ada unsur2 begitu dalam cerita and kita tak patut percaya pun dan sebab tu jugaklah diorang bagi 18tahun ke atas je boleh tengok.. nasib baik dah 18 tahun, kalau tak, merana aku kat luar panggung. ngee~ so, kalau korang dah tengok, beritau aku tau3. hahaha.. kita borak pasal zizan je. :p

i always be ZIZANERS! <3

i have to grow up

assalamualaikum, ya ukhti (sahabatku)..
haaa... nampak tak ke'arab'an dia? baru-baru ni aku ada syafawi arab (oral arab) yang mana kitorang kena cakap dalam bahasa arab la kan.. penangan hari tu memang terasa lagi sampai sekarang. tapi bukan pasal oral arab tu yang aku nak cerita, mungkin lain kali kalau aku tak malas. and PANIC! nanti aku ajar kau arab, yang basic jela..
kali ni aku more nak meluahkan perasaan je kot. kalau tak suka takpayah baca.. *AMARAN! post ini mungkin ayat sedikit skema dari biasa*

----------------------------------------------------------

beberapa hari yang lepas, masa kelas BTQ (basic themes of al-quran), kitorang ada presentation kumpulan. ada one group ni dapat tajuk as-sabar. korang faham la kan? SABAR.. hmmm.. lepas diorang punya presentation, Q&A session semua ustaz pun tambah la apa yang patut dia tambah.. oh yes, aku yang mencetuskan persoalan yang menybebkan ustaz menambah information.. soalan aku : if someone suddenly ambush you with fitnah, what would you do?. salah sorang dari kumpulan tu jawab and aku pun tak ingat, tapi yang aku ingat dia cakap macam ni : i just ignore you .. -.-' aptb? hahaha..
okay whatever .. the point is, ustaz tu kata (dia speaking aku translate) "kalau kawan awak datang dan tegur awak sama ada benda tu betul atau tak, kita tak patut marah sebaliknya muhasabah diri kita balik, mungkin betul apa yang dia cakap. Allah sayang kita sebab tu dia hantar orang untuk memperbetulkan kita"
masa dia cakap benda ni, air mata aku tetiba je jatuh tanpa diminta. memang betul cakap ustaz tu. pokok takkan bergoyang kalau takde angin. aku teringat kawan-kawan aku yang pernah tegur aku. mungkin masa tu aku tak fikir panjang, jadi aku rasa apa yang korang buat tu saja nak menjatuhkan aku. tapi bila aku fikir balik, apa yang korang cakap semuanya betul dan kalau korang tak buat macam tu mungkin aku tak berada di tempat yang aku ada sekarang. THANK YOU FRIENDS! and maafkan aku sebab fikir bukan-bukan pasal korang. 

p/s: appreciate what you got :)

Friday, September 7, 2012

gempak tak?

aku rasa aku dah memang terlewat, ketinggalan zaman tapi ada aku kisah.
just to inform:
aku dah ada twitter!
hahahahhaha.. aku rasa lawak sangat dan rasa bodoh IT tahap gaban punya la. orang dah bertwet-tweet, aku masih bertext-text. dia macam takde kena-mengena tapi sekali lagi, ADA AKU KISAH!
#exited + gayat + tak tahu nak guna + mintak lempang#  

baru tau!

assalamualaikum!
walah, haaaaa...
malam semalam, aku tak tau kenapa aku kelaparan tahap cipan. aku pun merantau pergi katil sebelah sambil buat muka cutemiut mintak maggi..
fyi, kalau aku mintak maggi maksudnya aku tak betul sebab aku dok nasihatkan diorang supaya jangan makan maggi, tak elok!
okayh, back to the storymorry. aku pun jalan lagi, saa nak menganjing jiran aku. tetiba nampak lak dia makan maggi ngan serunding. i repeat SERUNDING!
aku dengan beraninya mencuba, eceh! hahahhaaha.. rasa dia, pergh. terbaik. meletop. kebabom. and frankly speaking, aku tak pernah suka makan serunding. well, aku terus minta serunding dia and bawak balik bilik untuk makan bersama maggiku. hahahaha..rasa memang mantap.

untuk semua pelajar yang tengah nak makan maggi, sila cuba. memang tak rugi lah wa cakap sama lu.

#MRAR

Thursday, August 30, 2012

why?

dear boy,
          why is it so for me to forget about you? why i cant stop thinking about you? is it so hard for you to see me? if you do, please respond. why you showed up when i'm in my way to forget about you? why is it your name that i always mentioned? why?
                                                  why?
                                                     why?
in the first place, why am i falling for you?

i really can't stop thinking about you ever since i know you, don't you feel it too? *sigh*

jauhnya merantau!

-Salam Perantauan dari family AEDians-


Bersawang sudah -.-'

 dah 3 bulan aku tak bersihkan blog ni. Maaf! haha.. bila dah masuk universiti ni, aku masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri lagi. sibuk tak payah nak cakap la, kalau takde kerja tu macam awkward gila ah, macam banyak gila masa nak dibuangkan . hehe... (study memang tak buat la) . ada masa pulak kalau tertido dalam kelas tu, bila letcurer tanya je memang budak AED(architecture & environmental design)  akan salahkan assignment GC(graphic communication) la. tu memang wajibbulghunnah, walaupun takde kena mengena dan bukan salah GC tu pun. maaf ye GC, dah nasib..... pasal projek GC pulak, ada yang aku boleh buat tapi projek yang baru-baru ni, kitorang kena sketch pulak. dia rasa macam nak gigit semua orang yang lalu depan aku, almaklum aku ni tangan kayu. orang suruh sketch kasut, aku sketch jadi sampan.. -.-'aptb.. teruk betul-bak kata ZIZAN RAZAK! (saja je nak besarkan)
haaa.... gambar kat atas tu kitorang baru balik dari studio la. masa tu lampu ngan kipas tak dapat nak 'switch on' (tapi air-cond ada), jawabnya bergelapla kami ni semua walaupun dah petang. letcurer kitorang pulak tak bagi melukis sebab gelap. katanya nanti jadi lain pulak lukisan tu. so, kerja kitorang petang tu berborak je la..hahahha.. ok dia dah meleret, back to the story... gambar tu sebenarnya kitorang nak buat macam kitorang kat luar negara la (konon-kononnya). ada feel pun cukuplah.. ye dak?
bagi aku, ni kali pertama aku kena puasa kat tempat orang dan jauh dengan family aku. aku rasa kawan-kawan aku pun sama je nasib dengan aku, tapi sekarang feel lebih sikit untuk aku ye? hehe.. terimas..
nak kata aku gembira, tak jgak.. nak kata sedih, tak jugak.. nak kata takde feeling, pun takde jugak.. dia angau la.. hahaha.. takde kena mengena.
tapi nasib baikla aku sempat beli tiket nak balik raya. tiket komuter susah woh nak dapat.. (gimik kasi lebih sikit padahal tak susah mana pun) baju raya memang takde tapi ada satu baju yang berwarna-warni-warno-warnu yang baru siap, so, aku pakaila jadi baju raya.. eh, aku ada la baju raya.. lupa pulaks, baju raya aku warna OREN la! WOHOOOOO!!!!! satu je lagi hasrat tak tercapai, tapi insyaallah hampir tercapai.. apa dia? just wait. >.<
raya pertama macam biasa la, makan dan tahun ni memang aku tak sengan mintak duit raya sambil buat muka bajet comel + mintak lempang. lepastu, melawat kubur kat Melaka pastu balik makan LAGI. aku tak paham betul.. asyik nak makan je kerjanya.
raya seterusnya, aku duduk rumah menghadap tv je la. nak buat apa lagi ye tak?
tapi yang paling best raya ke-5. sebab, SPLATS pergi beraya. HAVOC gila tak ingat dunia punya la. credits to Zue sebab bawak kereta
to Nina sebab tangkap gambar guna dslr
to Azley sebab tumpang solat
to Hana sebab tangkap gambar sambil tergolak-golak
to Rina sebab bawak ke burger ijan
aku? aku kena marah sebab tak bagi korang datang rumah aku. hehehe... kita buat kelainan sikit tahun ni ye?

SPLATS - semua pun dah jadi anak dara pingitan




Monday, May 14, 2012

alhamdulillah :)

assalamualaikum, creatures of the world !

beberapa bulan yang lepas aku dapat beberapa berita baik.. ada yang dah tau tapi aku saja nak buat post.

  1. alhamdulillah.. aku lulus JPJ setelah fail buat kali pertama untuk kedua-dua bahagian. masa second test ni aku dapat pegawai JPJ yang baik hatinya. terima kasih juga pada rakan-rakan yang bagi kata-kata semangat dan tidak putus-putus berdoa untuk aku. tak lupa juga pada famili aku yang banyak menyokong. (dah macam buat speech pun ada . jahahhaha.. )
  2. alhamdulillah... aku dapat tawaran ke matrikulasi kuala pilah. tapi aku taknak pegi sebab famili pun tak berapa nak encourage akupegi matrikulasi.
  3. alhamdulillah.... aku dapat tawaran ke Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM. aku akan pergi untuk tawaran ini sebab aku memang nak amik course tu pun ataupun reka bentuk dalaman. tapi rezeki aku ke arah seni bina. terima seadanya.
  4. alhamdulillah.... dapat tawaran bantuan kewangan. semua budak asasi dapat. ringan sikit beban mak dan bapa aku.
  5. alhamdulillah.....kawan-kawan aku semua dapat tawaran sambung belajar. ada yang di perak, melaka, serdang, kuala pilah, seremban, selangor. ALL THE BEST FOR YOU GUYS! 
setakat ni, tula berita gembira yang dapat aku kongsi. aku dah buat beberapa persiapan untuk masuk universiti. exited punya pasal, aku beli semua benda warna oren. cadar, selimut, sarung bantal, tuala semua warna oren. hahahha.. gila oren. minum pun aku minta orange juice. hihihihi.. 

terkejut beruk!

assalamualaikum to all creatures of the world!

tadi aku tengah ber-facebook-ing, aku chatting la dengan rakan-rakan. (ayat biar skema asal hati baik. wah gitu). tengah chat-chat ni aku pun tengokla siapa lagi aku boleh kacau. aku ternampakla sorang mamat ni tengah online. dalam hati aku, aku nak je tegur dia. maklumla, dah lama tak borak-borak dengan dia since 2011 kot. aku tak ingat. lama punya tunggu dalam 5 minit, aku pun give up. dia tak ingat aku kot,bisik hati.
tiba-tiba ada popup msg.. hehehe.. dia tegur la. aku rasa gembira doh roti.


ahahahha.. buat-buat tak kenal la pulak aku ni. aku suka borak-borak dengan dia. dia boleh dikatakan suka bagi motivasi kat aku la. aku pernah rekod dia nyanyi lagu 'pelita'. hahahha.. bolehlah tahan suara dia. dia budak johor. aku kenal dia pun masa pegi SONY Photography competition masa 2010. 

_____________________________________

tu je aku nak cerita. aku boleh buat telepati tau. hahahha. seriously aku memang tak sangka. terkejut pun ada jugak. ada masa nanti aku nak jumpa dia. btw, dia dapat uitm kuala pilah, katanya nak tumpang rumah aku.. hahahha.. kau buat lawakla im. 

p/s: kepada retro, aku dah tengok gambar tu 2 hari sebelum kau bagi link. me blushing. :p

mouth watering..muehmueh

assalamualaikum
waddup creatures of the world!
soalan saya : sudahkah anda makan?

kalau jawapan anda belum, meh la sini aku belanja tengok gambar makanan.. hihihi

_________________________________

cerita ni dah lama berlaku tapi aku saje je nak cerita sekarang. kau kisah apa? ni blog aku. hahahaha.

alkisah ~
aku dengan retro jalan-jalanan di jaya jusco yang sekarang ni disebut sebagai AEON. masa tu aku pun tak ingat apa sebab aku buat macam yang aku nak cerita ni. kami (aku & retro) pegi kat Starbucks. then, kami pun tengokla apa yang boleh dimakan. hihi. kami terpandang WHOOPIE PIE. aku bisik kat retro "weh, yang ni sama ke dengan macaroon?' . retro jawab apa entah aku tak ingat tapi yang pastinya kami tau tak sama pun. aku pun punyala jahat pegi tanya kat baristas tu "kak/abang, sama ke whoopie pie ni dengan macaroon?" (sambil buat muka blur). akak/abang tu punya muka dah macam cuaks je, hehehhe.. dia pun dengan ketakutan disembunyikan di celah ketiak menjawab "emm, nak dekat samala".. pastu kami pun berlalu pergi. hahahahha.. kan aku cakap, aku jahat. hihihi.. eh, kenapa aku letak akak/ abang? sebab aku buat benda tanya menanya ni dua kali. hahah.. orang yang berlainan, dan di hari lain. tempat still sam.. hahaha.

__________________________________

meh aku beritahu perbezaan WHOOPIE PIE dengan MACAROON
(ini dari persepsi aku ye!)


      
WHOOPIE PIE ^
                                                           

MACAROON ^

kalau korang tengok betul-betul, whoopie pie tu macam kek. tapi macaroon ni dia keras tapi lembut. apa aku merepek ni? em, macaroon ni dia manis and macam biskut yang agak lembut sikit la. whoopie pie aku tak pernah rasa tapi yang aku tahu mereka berdua adalah sangat berbeza. ok? ada faham? 

_______________________________

haritu aku ada tengok rancangan "SUGAR" kat AFC channel 703 (harap maklum).
pengacara dia nama ANNA OLSON. aku suka dia, muka sweet je. dia chef selebriti.

 kan? kalau tak, aku tak kisah pun.

ok, aku bukan nak cerita pasal dia pun, tu mukadimah je. haha. aku nak cerita pasal satu resipi yang dia buat hari tu yang aku rasa sangat senang kalau nak buat. tolak tepi dia buat aiskrim dengan biskut secara manual ye

mula-mula kita amik biskut. biskut coklat cip yang besar punya yang macam jual kat Subway tu.

 ha. besar kau. amik dalam dua keping. lepas tu, korang amik satu 'scoop' aiskrim (ikut sesedap rasa nak flavour apa pun) 


pastu korang apit la aiskrim ni antara dua biskut tu. tekan sikit dengan lembut supaya aiskrim tu tersebar cantik kiut dan miut ke serata biskut.lepas tu jadi la macam aiskrim wafer tu.hahaha.. nak jadi lebih kreatif, korang letak la kacang-kacang sikit kat tepi-tepi aiskrim tu. 


ha... kan sedap tu. sesuai dibuat untuk minum petang di hari yang panas. amacam? terliur tak? hehehe..
masa aku nak cari gambar-gambar ni aku terjumpa satu gambar



korang pernah jumpa tak? aku tak tau pulak m&m's ada jual benda-benda macam ni.. kalau korang ada jumpa, jangan segan silu beritahu aku, nanti aku belanja la. hahahha.





Tuesday, April 17, 2012

guts, you got one?

greeting creatures!

aku banyak kecewa lately and i was hoping my JPJ test tomorrow won't be a huge and another dissapointment in my life for 2012.
DOAKAN SAYA YE! amiiinn..

____________________________________

aku nak cerita one of my biggest 'kecewa' but i don't have the guts to post it. i'm scared that maybe you or anyone that read it might have second thought of me.

if i already have the guts, i'll post it!
 p/s: i promise to find my guts :(

ini diriku

-greetings creatures of the world!-

soalan pertama : siapa kenal aku sebenar-benarnya? kau angkat tangan tak? haha..
meh aku beritahu siapa aku.

______________________________________

aku takut kecewa
aku takut pada masa silam
aku takut disakiti
aku takut ditinggalkan
aku takut akan dunia selain 'my comfort zone'
aku takut kawanku hilang
aku takut hilang kepercayaan
aku takut dibenci orang
banyak yang aku takut tapi yang paling aku takut adalah Yang Maha Esa

_______________________________________

^ nampak tak apa yang aku higlight tu?

sejak beberapa malam aku tak lena tidur. walaupun mata membengkak, badan keletihan, otak kepenatan mahupun hati sudah berkali-kali menjerit minta mata tutup untuk berehat tapi mata masih kekal terbuka luas.
ingin aku katakan disini bahawa aku tak berniat nak mengungkit 

aku asyik terfikir bertapa teruknya aku dulu. orang buat baik pada aku, aku layan mereka teruk. aku kacau hidup mereka. aku tipu mereka. aku mengumpat. tapi alhamdullilah, setakat ini aku tak pernah lagi membocorkan rahsia mereka , rahsia yang mereka percaya aku boleh simpan.
kalau aku boleh putarkan balik masa, aku nak sangat betulkan apa yang aku buat silap. 
" sesal tak sudah "

___________________________________

enough of all the crap! hihihi..
 aku suka kitkat
aku suka tengok lelaki pakai naju kemeja (they really look hot in that)
aku suka amik gambar 
aku suka gelak dengan kawan2
aku suka menyanyi (suara tak sodap tapi perasan sedap)
aku suka ZIZAN RAZAK! (ni aku punya eh, azley)
aku suka nak tengok teater (tak pernah ada kesempatan)
aku suka tengok cerita sedih (lately)
aku suka merapu (ghahaha)
aku suka sushi

banyak lagi yang aku suka suka sangat sangat suka..

__________________________

ok.. this is what i meant when i write :
hihihi = i giggles and make funny face
hakhakhak = really2 funny
bhahahaha = tersedak then ketawa sangat2 lawak
ohohoho = i knew something and laugh (evil laugh)
huhuhu = i'm sad (crying out loud)
hahahaha = moderate laugh
ha..ha.. = i'm being sarcastic.
_______________________________

-thats all!-

p/s : sollymollycolly cause in this post i dont have any pictures.. hihihi..

Wednesday, March 7, 2012

malas :P

greetings creatures of the world!
sorry to dissapoint you and currently i'm too lazy to update my blog(bajet je).

****
but the good news is i've prepared all the ingredients to make a new entry..(cant find the correct word for 'bahan') so, don't you worry.

p/s:please give me some idea what to post.thank you.

sebak

greetings.
its about one of my sister's housemate.

******
here in perak, my sister shared her homestay a.k.a house with her two friends.
one of her friends used to make us laugh, make fun of herself.in short,she is fun. hariz like her because she used to sing to him. before he goes to bed or to make him sleep during absenty of his mom which is my sister.she always smile although i think sometimes i do annoy her.

******
as usual, i sat in front of my laptop and mind my own business.you dont have to know what i did.
as i busy laughing and comment my friends link and status, i heard someone reciting Yassin.
i ignored and slow down my laugh volume. a few minutes later, i saw her walking out of her room,red eyes,holding Yassin. oh,maybe she's sleepy.

******
as i go through recent activities in facebook i saw a post from her. turn out her father is currently in hospital.sick.that's explain why her eyes was red. i feel sorry for her but i scared to talk to her. so, as for you who's reading my blog now, mari kita sedekahkan al-Fatiha kepada ayah kakak ini supaya ayahnya cepat sembuh.

Al-Fatiha


p/s:semoga ayahnya cepat sembuh.

Tuesday, March 6, 2012

complicated



greetings creatures of the world!
now, i have really biggo problemo.ahaks.

*******
first, i have to face the laptop to finish up my 39 page of typing for form 3 student. oh Allah, help me!

*******
second, i have to create a letter. one solved,thanks to panic! another one still pending. i really dont have any idea to 'karang' that letter.but, i'll try my very best. dont worry retro!

*******
third and the biggest problem that i
have to faced is making plush toy.
for this let me write in dual language.(ho
pe you dont mind:))

*****
**
this is how it begins......

bila dah sampai perak ni, akak aku bawa aku pergi cari barang untuk mengisi kekosongan dalam rumah sewa ini. oh, pasal aku dan perak.nanti aku akan ceritakan dalam entry yang akan datang.sabar je. sampai di pasar raya yang diberi nama 'billion' oleh foundernya, yang bersaiz sederhana, tidak sebesar jusco mahupun tesco, midvalley jauh sekali.hanya sebesar pasar raya 'family store' seperti diseremban 2 sahaja.lebih kurang. setibanya aku di sana aku terpandang pelbagai barang2 yang comel2 belaka hendaknya lantas aku mencapai handphoneku.ku pandang kekuncinya, sedih. habis tercabut diratah anak buahku.daripada 25 ikon tinggal 20.kejam sungguh. biarkan sahaja.aku terus menghantar pesanan ringkas kepada ketua aku. ku bertanyakan hal tentang kos pembelian cenderahati untuk semua pelajar yang menghuni kelas 5 Sigma 2011.

*******

...10 minit kemudian...
ketuaku reply.dapat aku bayangkan mimik wajahnya yang j
elas terpancar disetiap perkataan yang dihantar dalam pesanan ringkasnya kepadaku.aku tersenyum sebentar.teringat kembali semasa aku suka mengusiknya didalam kelas dulu.tiba2 senyuman itu semakin pudar. pudar hanya kerana sebaris ayat 'setiap pelajar kos RM5.30. barang apa yang hendak aku beli dengan harga semurah itu. aku berhenti daripada mengekori kakak aku yang sedang sibuk membeli keperluannya. berfikir sejenak. ku perah setiap sel dalam otak aku ini sehingga mereka menjerit minta rehat. AAAAHAHAAAHAH! terima kasih otak bergeliga. lantas aku pesanan ringkas(sms) kepada ketua ku
'apa kata, aku tolong buatkan plush toy'

*********
di saat itu aku ter'realise'. 41 orang kot. maunya tak tercabut nak jahit satu-satu. aku berfikir lagi. kali ini ditemani dengan penghawa dingin yang cukup sejuk dan memberi ruang untuk otak akuberfikir secara waras. YAAAAA!!!! jengjengjeng. idea sudah mari
inilah dia penyelesaian yang paling terbaik buat diriku.hahahaha.aku gelak kepuasan dalam hati.tiada siapa yang dengar. masalah tiba-tiba timbul dimana pula aku nak cekau benda ni? astagha. aku dah mati akal punya pasal, aku minta tolong panic!. dia kata dia ada tapi beli kat mekah. dah sudah kena pegi mekah la pula.aku teringat aku ada terjumpa dekat pasar malam. aku minta tolong nina.tak cukup dengan tu, aku suarakan hal ini kepada ketua.mereka semua membalas 'kalau aku jumpa aku beritahu kau eh?' bila pula aku ada masa ni? 22 mac kot nak bagi pada diorang. tiba2, satu sinar, sepotong ayat yang membuatkan aku bersyukur kepada Allah S.W.T Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.sepotong ayat daripada panic! selepas aku beri link kepada gambar diatas.yang pada mulanya bertujuan untuk mengganggunya.
'akak aku kata benda tu ada jual kat tesco'
hatiku yang layu segar kembali bagai disiram air dan dibubuh baja. senyuman aku ukir sehingga ke telinga secara metaforanya.

*******
masalah tidak berhenti setakat tu sahaja. siapa nak belikan? persoalan itu bermain di mindaku tanpa hiraukan perasaan ku yang sedang resah di lubuk hati. aha! aku minta lagi jasa baik teman aku dua orang ini. mujur mereka memahami situasiaku. terimas nina & panic!.
teman sejati di saat susah dan senang. tidak lupa pada teman yang lain cuma kali ini mereka berdua yang in the frame. ahaks

*******
bercakap tentang plush toy. dah nak masuk 3 tahun kot aku minat sangat dengan hasil kerja syarikat yang bernama :)

dooodolls <3

******
hasrat aku untuk memiliki patung2 yang pelik tapi comel. apakan daya, aku tak tahu macam mana nak beli. mari kita lihat gambar je la ye :*(

comelkan? kalau dapat ni aku nak buat satu box 'doodolls farah'

senyum pun macam aku ;)

ni hiasan beg aku pula :s

mesti lagi gembira dia bila dgn aku:)

kalau betulla aku dapat kumpul toy2 yang comel2 belaka ni. adus, tak tidur malam aku fikir nak letak diorang ni semua kat mana.. hey comel, tunggu ye. satu hari nanti pasti awak akan duduk dengan saya.jangan risau.
kalau saya dah dapat awak mesti saya senyum macam ni:
p/s : banyak problem tapi tak salahkan nak berangan? just to make you yourself happy!;)

Monday, March 5, 2012

dia sangat cool

hello hello.. blurr in the house yawww

greetings creatures of the world. we meet again.
let me speaking london + speaking jawa okey.?

*******
nak dijadikan cerita punyalah bosan tadi duduk rumah, setelah menidurkan budak kecil yang bernama Hariz Danial aku terus meng-grab laptop dan terus on. tenenenene. bunyinya bergema. adus! bising betul, kang terjaga budak tu kang kau nak tidurkan dia balik(marah kepada laptop). maaf(laptop reply). bagus! teruskan kerja anda-aku beri peluang kedua. lampu oren yang menyala membuatkan hatiku riang tak terkata. hendak menangis tak rasa pulak. aku usha connection dia. wi-fi free is not available. cis! harapanku punah,berderai menjadi kaca, disapu supaya tiada yang luka terpijaknya.

********

aku pun off laptop aku. hendak aku buat kerja terasa malas pulak. hendak aku menjahit, sat lagi budak ni bangun tak kelam-kabut aku dibuatnya. aku capai remote control yang berlabel astro. aku usha apa cerita2 yang boleh mematikan perasaan ke-boring-an yang tersangat membuak-buak dalam diriku ini. aku tengok tv3, cantik! ada rancangan 5 rencah 5 rasa. oleh sebab aku ada mood nak tengok rancangan memasak,jadilah. teringat pulak dia yang ambil seni kulinari tu - belajar elok2 ye?. ah, lupakan dia.

*********

rancangan start. punya exited sampai terlupa bagaimana lagunya. biarkan. aku tengok hos dia.hurm...typical host. mesti hot, badan ada muscle2 gitu, baju kemeja diluar t-shirt didalam, pandai berjenaka. ok boring.

inilah orang tu -sherson lian-

*********

10 minit tengok rancangan tu. best pula. lepas iklan dia memasak pula.hurm,mungkin ikut resepi saja. tapi bila dia masak hidangan kedua, dia mula menambah bahan2 ikut suka hati dia.
tak boleh jadi.

*******
hati dah cair ni tengok dia memasak siap aku terdengar suara macam dia demam lagi.ish. dah jatuh hati ni. macam nak jumpa dia cakap ' i lap you, you lap me, we lap each other'
ok.matikan niat anda.peng! berdarah. lepas rancangan tu aku online.alhamdulillah.nasib baik dia on.kalau tak ada yang kena pelempang thai aku ni kang.
aku mencari....sherson lian....loading. yeah.itu dia.
rupa-rupanya dia chef la.chef selebritida.

dia no dua dari kiri.eleh,korang dah tengok punkan gambar dia kat atas nun. camne, hensemtak? aku punya. haha. gurau saja.

*******
coolnya dia, dah la hensem. pandai masak pula tu. aish.... anak sapa la ni?

p/s:kalau dia bf aku dah lama aku gari.. hahahaha..cemburu tau

Friday, March 2, 2012

brand new year

hai creatures of the world!

its been a while since my last entry.. so, just for fresh start..

********
hello everyone,
let 2012 be the most meaningful year of our life

semalam menjadi sejarah
hari ini menjadi pengajaran
besok menjadi misteri
(aku tau tak betul, diam je)

********

-buang yang keruh ambil yang jernih-
tahun ni aku berazam ingin menjadi orang yang lebih memahami dan kurang marah2. orang kata banyak marah cepat tua(tu sebab aku nampak tua kot,ahah). setakat ni,bukan nak memuji diri sendiri tapi aku rasa aku kurang bertindak melulu seperti apa yang aku pernah buat sebelum2 ini.success!!

*******

tahun ini juga aku rasa aku nak beralih ke tahap yang lagi atas..
apa tahapnya tu? nanti aku beritahu. let the time do the work

p/s:aku dah bersedia..betul ke?