"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Monday, May 14, 2012

alhamdulillah :)

assalamualaikum, creatures of the world !

beberapa bulan yang lepas aku dapat beberapa berita baik.. ada yang dah tau tapi aku saja nak buat post.

  1. alhamdulillah.. aku lulus JPJ setelah fail buat kali pertama untuk kedua-dua bahagian. masa second test ni aku dapat pegawai JPJ yang baik hatinya. terima kasih juga pada rakan-rakan yang bagi kata-kata semangat dan tidak putus-putus berdoa untuk aku. tak lupa juga pada famili aku yang banyak menyokong. (dah macam buat speech pun ada . jahahhaha.. )
  2. alhamdulillah... aku dapat tawaran ke matrikulasi kuala pilah. tapi aku taknak pegi sebab famili pun tak berapa nak encourage akupegi matrikulasi.
  3. alhamdulillah.... aku dapat tawaran ke Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM. aku akan pergi untuk tawaran ini sebab aku memang nak amik course tu pun ataupun reka bentuk dalaman. tapi rezeki aku ke arah seni bina. terima seadanya.
  4. alhamdulillah.... dapat tawaran bantuan kewangan. semua budak asasi dapat. ringan sikit beban mak dan bapa aku.
  5. alhamdulillah.....kawan-kawan aku semua dapat tawaran sambung belajar. ada yang di perak, melaka, serdang, kuala pilah, seremban, selangor. ALL THE BEST FOR YOU GUYS! 
setakat ni, tula berita gembira yang dapat aku kongsi. aku dah buat beberapa persiapan untuk masuk universiti. exited punya pasal, aku beli semua benda warna oren. cadar, selimut, sarung bantal, tuala semua warna oren. hahahha.. gila oren. minum pun aku minta orange juice. hihihihi.. 

terkejut beruk!

assalamualaikum to all creatures of the world!

tadi aku tengah ber-facebook-ing, aku chatting la dengan rakan-rakan. (ayat biar skema asal hati baik. wah gitu). tengah chat-chat ni aku pun tengokla siapa lagi aku boleh kacau. aku ternampakla sorang mamat ni tengah online. dalam hati aku, aku nak je tegur dia. maklumla, dah lama tak borak-borak dengan dia since 2011 kot. aku tak ingat. lama punya tunggu dalam 5 minit, aku pun give up. dia tak ingat aku kot,bisik hati.
tiba-tiba ada popup msg.. hehehe.. dia tegur la. aku rasa gembira doh roti.


ahahahha.. buat-buat tak kenal la pulak aku ni. aku suka borak-borak dengan dia. dia boleh dikatakan suka bagi motivasi kat aku la. aku pernah rekod dia nyanyi lagu 'pelita'. hahahha.. bolehlah tahan suara dia. dia budak johor. aku kenal dia pun masa pegi SONY Photography competition masa 2010. 

_____________________________________

tu je aku nak cerita. aku boleh buat telepati tau. hahahha. seriously aku memang tak sangka. terkejut pun ada jugak. ada masa nanti aku nak jumpa dia. btw, dia dapat uitm kuala pilah, katanya nak tumpang rumah aku.. hahahha.. kau buat lawakla im. 

p/s: kepada retro, aku dah tengok gambar tu 2 hari sebelum kau bagi link. me blushing. :p

mouth watering..muehmueh

assalamualaikum
waddup creatures of the world!
soalan saya : sudahkah anda makan?

kalau jawapan anda belum, meh la sini aku belanja tengok gambar makanan.. hihihi

_________________________________

cerita ni dah lama berlaku tapi aku saje je nak cerita sekarang. kau kisah apa? ni blog aku. hahahaha.

alkisah ~
aku dengan retro jalan-jalanan di jaya jusco yang sekarang ni disebut sebagai AEON. masa tu aku pun tak ingat apa sebab aku buat macam yang aku nak cerita ni. kami (aku & retro) pegi kat Starbucks. then, kami pun tengokla apa yang boleh dimakan. hihi. kami terpandang WHOOPIE PIE. aku bisik kat retro "weh, yang ni sama ke dengan macaroon?' . retro jawab apa entah aku tak ingat tapi yang pastinya kami tau tak sama pun. aku pun punyala jahat pegi tanya kat baristas tu "kak/abang, sama ke whoopie pie ni dengan macaroon?" (sambil buat muka blur). akak/abang tu punya muka dah macam cuaks je, hehehhe.. dia pun dengan ketakutan disembunyikan di celah ketiak menjawab "emm, nak dekat samala".. pastu kami pun berlalu pergi. hahahahha.. kan aku cakap, aku jahat. hihihi.. eh, kenapa aku letak akak/ abang? sebab aku buat benda tanya menanya ni dua kali. hahah.. orang yang berlainan, dan di hari lain. tempat still sam.. hahaha.

__________________________________

meh aku beritahu perbezaan WHOOPIE PIE dengan MACAROON
(ini dari persepsi aku ye!)


      
WHOOPIE PIE ^
                                                           

MACAROON ^

kalau korang tengok betul-betul, whoopie pie tu macam kek. tapi macaroon ni dia keras tapi lembut. apa aku merepek ni? em, macaroon ni dia manis and macam biskut yang agak lembut sikit la. whoopie pie aku tak pernah rasa tapi yang aku tahu mereka berdua adalah sangat berbeza. ok? ada faham? 

_______________________________

haritu aku ada tengok rancangan "SUGAR" kat AFC channel 703 (harap maklum).
pengacara dia nama ANNA OLSON. aku suka dia, muka sweet je. dia chef selebriti.

 kan? kalau tak, aku tak kisah pun.

ok, aku bukan nak cerita pasal dia pun, tu mukadimah je. haha. aku nak cerita pasal satu resipi yang dia buat hari tu yang aku rasa sangat senang kalau nak buat. tolak tepi dia buat aiskrim dengan biskut secara manual ye

mula-mula kita amik biskut. biskut coklat cip yang besar punya yang macam jual kat Subway tu.

 ha. besar kau. amik dalam dua keping. lepas tu, korang amik satu 'scoop' aiskrim (ikut sesedap rasa nak flavour apa pun) 


pastu korang apit la aiskrim ni antara dua biskut tu. tekan sikit dengan lembut supaya aiskrim tu tersebar cantik kiut dan miut ke serata biskut.lepas tu jadi la macam aiskrim wafer tu.hahaha.. nak jadi lebih kreatif, korang letak la kacang-kacang sikit kat tepi-tepi aiskrim tu. 


ha... kan sedap tu. sesuai dibuat untuk minum petang di hari yang panas. amacam? terliur tak? hehehe..
masa aku nak cari gambar-gambar ni aku terjumpa satu gambar



korang pernah jumpa tak? aku tak tau pulak m&m's ada jual benda-benda macam ni.. kalau korang ada jumpa, jangan segan silu beritahu aku, nanti aku belanja la. hahahha.