"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Friday, October 5, 2012

new semester?

assalamualaikum!




my studiomates (yang depan pakai baju biru tu studio master) *taken on the last day of gc*
sekejap je masa berlalu, macam baru semalam je aru masuk universiti. bagi aku, aku belum puas lagi nak kenal semua classmates aku and letcurer aku. baru nak bertepuk tampar dah habis semester satu. sebenarnya, belum lagi habis tapi nak habis dah. lepas satu, satu kelas dah takde. nak jumpa classmate kat kelas yang ada pun macam susah sebab semua pun ponteng sebab nak study. rindunya buat gc sama2, makan sama2, gelak sama2, bertwitting sama2, berfacebooking sama2, ber apa jela semua pun sama2.. but, alhamdulillah semester 2 kebanyakan kita sama kelas untuk stats ngan bi kan? walah.. selonoknya.

p/s: sama2 berjaya kawan!

happyyippie day!

assalamualaikum..aku rasa hari ni aku happy sangat .. sebab apa? lagi mau tanya.. sebab aku dah pegi tengokk hantu kapcai la deh. tu bawah tu buktinya-----

Add caption
terharu bila dah beli tiket ni. sebab aku minat ZIZAN RAZAK. sebab tu aku terharu. dapat sokong dia dengan tengok cerita yang dia berlakon. kau ada? aku suggest korang pegilah tengok cerita ni. bukan sebab ada zizan tapi sebab it is from KRU Production.. aku tak expect sebenanya cerita melayu boleh jadi sehebat ni. melayu dah maju! aku sangat exited masa tengok benda ni. apa yang best? pegi tengok sendiri. for the sake of KRU . i promise you wont be dissapointed.. trust me!. :)tapi yang bab last tu tak berapa nak elok sebenarnya tapi awal2 cerita lagi dia dah warn ada unsur2 begitu dalam cerita and kita tak patut percaya pun dan sebab tu jugaklah diorang bagi 18tahun ke atas je boleh tengok.. nasib baik dah 18 tahun, kalau tak, merana aku kat luar panggung. ngee~ so, kalau korang dah tengok, beritau aku tau3. hahaha.. kita borak pasal zizan je. :p

i always be ZIZANERS! <3

i have to grow up

assalamualaikum, ya ukhti (sahabatku)..
haaa... nampak tak ke'arab'an dia? baru-baru ni aku ada syafawi arab (oral arab) yang mana kitorang kena cakap dalam bahasa arab la kan.. penangan hari tu memang terasa lagi sampai sekarang. tapi bukan pasal oral arab tu yang aku nak cerita, mungkin lain kali kalau aku tak malas. and PANIC! nanti aku ajar kau arab, yang basic jela..
kali ni aku more nak meluahkan perasaan je kot. kalau tak suka takpayah baca.. *AMARAN! post ini mungkin ayat sedikit skema dari biasa*

----------------------------------------------------------

beberapa hari yang lepas, masa kelas BTQ (basic themes of al-quran), kitorang ada presentation kumpulan. ada one group ni dapat tajuk as-sabar. korang faham la kan? SABAR.. hmmm.. lepas diorang punya presentation, Q&A session semua ustaz pun tambah la apa yang patut dia tambah.. oh yes, aku yang mencetuskan persoalan yang menybebkan ustaz menambah information.. soalan aku : if someone suddenly ambush you with fitnah, what would you do?. salah sorang dari kumpulan tu jawab and aku pun tak ingat, tapi yang aku ingat dia cakap macam ni : i just ignore you .. -.-' aptb? hahaha..
okay whatever .. the point is, ustaz tu kata (dia speaking aku translate) "kalau kawan awak datang dan tegur awak sama ada benda tu betul atau tak, kita tak patut marah sebaliknya muhasabah diri kita balik, mungkin betul apa yang dia cakap. Allah sayang kita sebab tu dia hantar orang untuk memperbetulkan kita"
masa dia cakap benda ni, air mata aku tetiba je jatuh tanpa diminta. memang betul cakap ustaz tu. pokok takkan bergoyang kalau takde angin. aku teringat kawan-kawan aku yang pernah tegur aku. mungkin masa tu aku tak fikir panjang, jadi aku rasa apa yang korang buat tu saja nak menjatuhkan aku. tapi bila aku fikir balik, apa yang korang cakap semuanya betul dan kalau korang tak buat macam tu mungkin aku tak berada di tempat yang aku ada sekarang. THANK YOU FRIENDS! and maafkan aku sebab fikir bukan-bukan pasal korang. 

p/s: appreciate what you got :)