"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Saturday, July 6, 2013

masih mampu?

Assalamualaikum,

sihat semua? Alhamulillah aku selesai sudah asasi selama setahun. jangan ditanya apakah perasaan ini sebab jawapannya hanyalah satu jeritan yang amat kuat aku kira di telinga mu. tak percaya? cubalah kalau nak rasa. hehe.. 

sepanjang tahun asasi, aku lalui segala pahit manis. TERIMA KASIH! kawan, cikgu dan yang paling penting keluarga aku sendiri yang banyak bagi sokongan.aku tak tahu sama ada aku ni cengeng ke apa, tapi memang aku banyak menangis. pernah suatu masa, aku menangis tatkala hendak meninggalkan rumah atas alasan kerja banyak tapi jauh di suut hati, aku ingin berada dalam pelukan orang yang betul2 sayang dan ambil perhatian tentang aku. adakalanya aku tak nak balik rumah sebab nak berseronok. dan adakalanya juga aku tak tahu nak pergi mana. terkandas di tengah jalan. 

"tolak ke tepi. projek lagi penting!"
itu je mampu membuatkan aku tersenyum dan tabah hadapi semua ni.

kerja? tak payah nak cakap sebab terlampau banyak. ni aku pelik. kerja bila banyak, terlampau banyak sampaikan satu tahap kau rasa macam nak baling semua kerja kat laut. hahaha. bila takde kerja, dia punya free la kan kau rasa kau dah habis jelajah satu dunia. nak keluar outing pun sampai tak nak balik awal la katakan. tapi kebanyakan masa, kerja memang banyaklah. habis satu submission, tak sempat nak makan, dah dapat kerja baru. kalau tertinggal satu saat rasa macam menyesal ah. sem last paling banyak dugaan. Ya Allah, hanya kau yang tahu apa yang aku tempuhi ya Allah. susahnya nak kawal perasaan malas, marah, sedih, penat, bengang. semualah.

sekarang dah boleh bawa bertenang lah. habis dah. panjang kau mukadimah dia. 

hampir dikatakan setiap hari sejak aku jejakkan kaki ke rumah aku terfikir benda yang sama . 

MAMPU KE?

bila dah lalui setahun asasi, aku rasa macam ni bukan life aku. jujurnya, aku tak suka menghafal dan aku suka lukisan teknikal tapi aku tak suka macam mana aku harus habiskan masa aku. asasi ni ajar aku buat kerja dengan cepat sebab kalau aku, aku lebih suka buat kerja rilek2 je tapi bila nampak semua kawan2 kau buat kerja, takkan nak goyang kaki je? tu yang aku tak suka. bukan tak suka apalah tapi kalau diorang dah siap kerja kan aku mesti rasa macam loser gila ah. ketinggalan jauh. outdated. lame. ahahaha..

nak ubah haluan tapi aku tak tahu bidang apa aku mahir. PHOTOGRAPHY? aku rasa aku mahir tapi sangkaan aku meleset jauh. aku masih lagi tak mampu nak amik gambar yang cantik, tak tahu angle mana patut amik gambar, ISO, shutter speed? lama dah aku lupa. orang mesti ingat aku saja lupa apa yang aku dah belajar tapi sebenanrnya aku dah putus asa. tahu kenapa aku putus asa? 
teringat lagi waktu peringkat pertama nak masuk pertandingan photography. kitorg kena amik gambar an kena submit dalam bentuk powerpoint. stayback lepas sekolah utk dapatkan gambar2 menarik. lepastu, masuk makmal komputer, cikgu nak tengok hasil kerja sorang2. nama je cikgu nak tengok semua orang punya hasil tapi bila giliran aku, cikgu buat tak peduli. segar lagi di ingatan bila cikgu tekan 'next' button tanpa lihat gambar aku. nak dapat pendapat diorang tentang gambar aku? huh! banyak kali aku rasa aku menagih simpati tapi tak pernah dapat. aku terus cuba tapi aku rasa sampai sekarang aku masih tak layak aku rasa untuk dapat pujian ataupun senyuman dari cikgu tersebut. penat. aku tinggalkan bidang ni, tapi aku masih lagi suka photography. walaupun aku tak pandai lagi. masih merangkak dari dulu, tak mampu bertatih.

ARCHITECTURE? hurmm, perasaan yang sama aku rasa macam mana aku lalui masa awal2 photography dulu. aku cuba tolak tepi pendapat abang aku yang bidang ni perlukan kreativiti dan bakat. tapi aku rasa sekarang ni, aku macam patut dengar nasihat abang aku sebab aku memang kurang kreatif dan bakat, haduhai, macam nak curik je bakat2 orang yang pandai lukis ni. aku mampu nak 'showoff' karya aku dengan rina, zue, nina. yang mana diorang akan impress kot dengan kerja aku sbb iorang tak pernah tgk hasil org lain. hikhik. jangan marah :p tapi bila dengan budak archi lain, projek aku tu mungkin paling buruk yang diorang pernah tengok la. haih. nak patah balik, dah terlambat. nak teruskan, mampu ke aku?

apa-apapun marilah kita tunggu dan lihat apa yang ditawarkan KAED pada aku. offer letter keluar 9 julai ni dah aku harap sangat aku tak terkejut beruk bila dapat offer letter tu nanti. takut patah semangat. 

p/s : aku ingat lagi lecturer aku cakap masa presentation final project. "kalau awak dapat masuk Archi masa kat KAED, awak memang ouble triple bertuah" *macam mana ni?*

No comments:

Post a Comment