"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Saturday, November 6, 2010


habis!!!!


hahaha....exam dah abis.. aku x tau la gamba ni ada kene mengene ke xtp ntah kenapa aku rase klaka ... hahahaha...

enough of laughing... ehem.. serious.. ok.. untuk kali ini kite akan story2 about war...
aku tau walaupun aku agak lambat tapi aku sedar gak kan .. sebenanya kan lebih baik kalau kita dapat hentikan peperangan.. cuba bayangkan eh.. ape perasaan kita kalau kita berada dalam situsi orang tengah berperang . ok. kita selalu dengar waktu berperang ada ibu kehilangan anak, anak kehilangan ibu bapa, warga emas kehilangan tempat bergantung, kanak-kanak kehilangan tempat bermain, tiada makanan yang berkhasiat, tiada tempat untuk berubat, dan sebagainya.. bayangkan kalau kita berada di tempat mereka.. kita pasti merasakan benda yang sama seperti mereka iaitu kesedihan bukan?? mahukah kita dilabelkan oleh generasi akan datang sebagai tamadun yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertolak ansur, tiada hati perut dan mungkin pelbagai lagi cemuhan yang teruk terhadap kita?? fikirkanlah..
baru-baru ni aku ada tengok filem 2012.. sedihnya nya allah sahaja yang tahu.. tidakkah kita sedar apa yang berlaku dalam filem tu hampir serupa dengan peperangan yang berlaku.. ye.. memang betul kita tidak dapat untuk menghalang atau lari daripada bencana alam tapi kita boleh menghalang atau menghentikan peperangan bukan?? peperangan takkan berlaku kalau tiada pihak yang memulakannya... so, let us stop the war!!
mereka juga berhak mendapat kedamaian seperti kita.. kegembiraan seperti kita.. kebebasan seperti kita.. fikirkan kembali.. cukuplah kesengsaraan, ketakutan yang mereka hadapi selama ini.. mereka juga manusia sama seperti kita.. fikirkanlah!!
hati ini untuk sesiapa sahaja yang berada dalam kesedihan.. <3
peace yo!!

No comments:

Post a Comment