"hati dan perasaan seseorang tak dapat nak dipisahkan...
segala apa yang ditulis di sini sejujurnya datang daripada diriku sendiri"

Monday, May 14, 2012

alhamdulillah :)

assalamualaikum, creatures of the world !

beberapa bulan yang lepas aku dapat beberapa berita baik.. ada yang dah tau tapi aku saja nak buat post.

  1. alhamdulillah.. aku lulus JPJ setelah fail buat kali pertama untuk kedua-dua bahagian. masa second test ni aku dapat pegawai JPJ yang baik hatinya. terima kasih juga pada rakan-rakan yang bagi kata-kata semangat dan tidak putus-putus berdoa untuk aku. tak lupa juga pada famili aku yang banyak menyokong. (dah macam buat speech pun ada . jahahhaha.. )
  2. alhamdulillah... aku dapat tawaran ke matrikulasi kuala pilah. tapi aku taknak pegi sebab famili pun tak berapa nak encourage akupegi matrikulasi.
  3. alhamdulillah.... aku dapat tawaran ke Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM. aku akan pergi untuk tawaran ini sebab aku memang nak amik course tu pun ataupun reka bentuk dalaman. tapi rezeki aku ke arah seni bina. terima seadanya.
  4. alhamdulillah.... dapat tawaran bantuan kewangan. semua budak asasi dapat. ringan sikit beban mak dan bapa aku.
  5. alhamdulillah.....kawan-kawan aku semua dapat tawaran sambung belajar. ada yang di perak, melaka, serdang, kuala pilah, seremban, selangor. ALL THE BEST FOR YOU GUYS! 
setakat ni, tula berita gembira yang dapat aku kongsi. aku dah buat beberapa persiapan untuk masuk universiti. exited punya pasal, aku beli semua benda warna oren. cadar, selimut, sarung bantal, tuala semua warna oren. hahahha.. gila oren. minum pun aku minta orange juice. hihihihi.. 

2 comments:

  1. Hi Farah,kita same u and course :)

    ReplyDelete
  2. wah..alhamdulillah kan..
    bestnye dah ada lesen..hehe..

    urm..sy pun course ue..ade geng la..ser0n0knye..hehe^^

    ReplyDelete